Hati membengkak adalah berpunca daripada pembengkakan sel-sel hati akibat daripada jangkitan virus, kuman atau pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan. Dan mungkin juga disebabkan oleh masalah hempedu.
Simptom-Simptom
Kuning (Jaundis)
Kurang selera makan
Sakit pada bahagian abdomen (perut)
Kaitan Bengkak Hati dengan Kuning (Jaundis)
Dalam hati terdapat saluran darah dan saluran hempedu. Apabila berlaku pembengkakan sel hati, ia akan mengepit saluran hempedu dan menyebabkan hempedu menjadi sempit dan pengaliran hempedu terganggu. Akibatnya cairan hempedu akan tumpah ke dalam saluran darah dan menyebabkan kuning atau Jaundis.
Sekiranya saluran hempedu tersumbat kerana batu atau ketumbuhan, gejala Jaundis boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan pesakit menjadi kuning kehijauan dan menyebabkan kegatalan pada kulit.
Bagaimana TONIK HATI dapat membantu masalah Bengkak Hati?
Tonik hati bertindak untuk merawat kerosakan sel-sel hati dan menyuburkan sel-sel hati yang baru sekaligus mengecutkan sel-sel hati yang bengkak kepada normal.
No comments:
Post a Comment