Hepatitis B adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV.
Bagaimana mengesan Hepatitis B?
Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada sirosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Bagaimana Hepatitis B merebak?
Hepatitis B boleh merebak melalui:
- Dadah
- Pemindahan darah
- Hemodialisis
- Hubungan Seks
- Ibu mengandung kepada janin/bayi dalam kandungan
Tahukah anda masa pengeraman Virus Hepatitis B didalam badan?
Masa pengeraman Virus Hepatitis B adalah antara 1 - 2 bulan dan berkemungkinan sehingga 6 bulan sebelum timbulnya gejala penyakit. Purata pengeramannya hepatitis B adalah antara 2 - 3 bulan.
Pesakit yang menghidap Hepatitis B berisiko untuk mendapat KANSER HATI.
No comments:
Post a Comment