PROMOSI MESIN TERAPI BESERTA FREEGIFT MENARIK!!!

Hepatitis Pembunuh Senyap Masa Kini

Menurut Pakar Runding Hepatologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Rosmawati Mohamed berkata, dianggarkan lebih daripada 350 juta manusia dianggarkan hidup bersama mengidap hepatitis B atau C dan penyakit ini telah membunuh hampir 1.5 juta pesakit setiap tahun.

Jumlah ini amat besar dan lebih besar daripada jangkitan melibatkan HIV dan kanser lain. Statistik itu amat tinggi maka satu transformasi berhubung penyaluran maklumat tentang penyakit itu perlu dilakukan.

Penyakit berkaitan darah dan hati ini berlaku secara senyap dan jangkitan tersebut mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun sebelum bertukar menjadi kanser.

Pemeriksaan darah amat penting terutama golongan yang lahir sebelum tahun 1989 kerana vaksinasi terhadap hepatitis dinegara ini hanya diberi selepas tahun berkenaan.

Menuruh Dr. Rosmawati lagi, terdapat 4 jenis pemeriksaan yang akan dilakukan untuk menguji kehadiran virus tersebut dalam darah. Antara ujian yang akan dilakukan adalah mengujintahap antibodi. Ini penting sekiranya terdapat sejarah dalam sesebuah keluarga yang pernah menghidapi pemnyakit tersebut," katanya pada sidang media Sambutan Hari Hepatitis Sedunia yang bakal berlangsung pada 28 Julai 2011 ini.

Sumber: Akhbar Kosmo 12 April 2011

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...