PROMOSI MESIN TERAPI BESERTA FREEGIFT MENARIK!!!

Kesedaran hepatitis dipertingkat

KUALA TERENGGANU 20 Mei - Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatatkan paling ramai penghidap hepatitis yang boleh mendedahkan mereka kepada penyakit barah hati.

Presiden Yayasan Hepar Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 2.5 juta rakyat negara ini yang dikesan menghidap penyakit itu dengan kebanyakannya adalah lelaki. Kata beliau, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh yayasan itu, Sabah dan Sarawak mencatatkan kadar tertinggi di seluruh negara bagi penghidap virus hepatitis B manakala Kelantan pula bagi hepatitis A. 

Menurutnya, faktor pemakanan dan gaya hidup menjadi antara punca utama peningkatan penyakit itu dalam kalangan penduduk di negeri berkenaan. "Penyakit itu dihidapi kira-kira 350 juta orang di seluruh dunia.

Mengikut statistik, lelaki lebih ramai menghidap barah hati dan ia mungkin disebabkan kurang mementingkan kebersihan serta tidak mengamalkan pemakanan sihat berbanding wanita. "Selebihnya, mereka yang dikesan menghidap penyakit ini disebabkan berjangkit daripada ibu kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan darah yang rata-ratanya melibatkan hepatitis B," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Kempen Kesedaran Penyakit Hepatitis peringkat Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan merasmikan majlis tersebut. Ismail berkata, pihaknya berusaha mempergiatkan kempen kesedaran mengenai penyakit yang boleh mengancam nyawa itu di seluruh negara dan turut disasarkan ke sekolah bagi membolehkan pengesanan dan rawatan penyakit berkenaan dilakukan lebih awal.

"Untuk tahun ini kita mulakan kempen ini di Terengganu biarpun tiada kes melibatkan penghidap hepatitis. Ia merupakan satu gambaran yang baik tentang pemakanan dan gaya hidup di negeri ini. "Saya harap melalui penganjuran kempen ini, masyarakat dapat mengambil peluang menjalani pemeriksaan darah dan mendapatkan suntikan vaksin kerana sempena kempen ini harga vaksin akan diberi subsidi iaitu RM60 berbanding harga biasa RM80," ujarnya.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 21/05/2012

 KLIK UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BERMINAT UNTUK MENJADI DEALER @ STOKIS DR JABBAR@TONIK HATI? HUBUNGI SAYA 013-6002842 GOLDEN PACKAGE= RM2000 (FREE SUPLEMENT) SILVER PACKAGE = RM1300 BASIC PAKEJ= RM1000

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...