PROMOSI MESIN TERAPI BESERTA FREEGIFT MENARIK!!!

Apa Itu Hepatitis?

Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah hepatitis berasal dari perkataan "hepar" (hati / liver) dan "itis" (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor antaranya ialah:
  • Virus
  • Dadah
  • Alkohol
  • Ubat-Ubatan
  • Bahan Kimia/ toksik
Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis. Virus yang kerap menyebabkan Hepatitis ialah:
  • Virus Hepatitis A
  • Virus Hepatitis B
  • Virus Hepatitis C
Hepatitis juga boleh disebabkan oleh virus-virus lain seperti:
- Virus Hepatitis D, E, G, denggi dan HIV

Keterukan hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan hepatitis dan jangkamasa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

GEJALA-GEJALA HEPATITIS
  • Keletihan
  • Demam sederhana
  • Sengal tulang dan otot
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan pada abdomen
  • Kadangkala cirit-birit
  • Air kencing gelap
  • Najis Pucat
  • Kuning (Jaundis)
HEPATITIS A

 
  • Merupakan sejenis penyakit kelamin.
  • Mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati dsn paling mudah dijangkiti
  • Jarang menyebabkan kematian.
  • Merebak melalui saluran najis, mulut serta saluran penghadaman.
  • Makanan yang boleh membawa kepada hepatitis A: kerang, tiram dan kima (siput besar) yang tidak dimasak dengan betul
HEPATITIS B

Disebabkan oleh hepatitis B. Virus boleh didapati didalam saluran darah dan cecair badan orang yang dijangkiti dan boleh merebak sekiranya anda terdedah kepada darah, cecair darah (serum) atau cecair daripada kelamin mereka. Ia boleh berlaku apabila berkongsi jarum dan picagari atau melakukan hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

HEPATITIS C
  • Adalah disebabkan virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C.
  • Boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimptomatik (tidak bersimptom)
  • Sekiranya berterusan ia boleh menyebabkan sirosis dan barah hati.
  • Boleh disebarkan melalui percampuran darah dengan si pesakit

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...