Kenali Hati Anda
Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic.
Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.
Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 – 3.0 kilogram.. Hati merupakan organ kedua terbesar manusia (organ terbesar adalah kulit) dan kelenjar terbesar dalam tubuh manusia.
Fungsi Hati
Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
Menguraikan molekul hemoglobin tua.
Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan
Jenis-Jenis Penyakit Hati
Hati Berlemak:
Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain yang tidak terkecuali berdepan masalah yang sama.
Organ terbesar dalam tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang dimaksudkan ialah hati.
Hati berlemak atau steatosis adalah satu keadaan yang mana ada lemak berlebihan pada hati. Hati berlemak kerap jadi pada wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Kuala Terengganu (HKT), Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh berkata, meskipun hati berlemak bukanlah sejenis penyakit, ia adalah petanda bahawa seseorang menghadapi masalah kesihatan.
Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius
Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh
Hati berlemak yang tidak dirawat boleh mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau penyakit lain yang lebih serius
Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh
Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.
Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru.
Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan.
Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.
Jika lemak yang diproses ini berlebihan daripada apa yang diperlukan dalam tubuh, ia akan disimpan. Di kalangan individu yang obes, lemak akan lebih banyak terbentuk dalam sel hati.
Beliau berkata, dalam kes yang serius saiz hati meningkat tiga kali ganda daripada saiz normal.
Untuk mendapatkan HERBA UNTUK HATI boleh hubungi
Hepatitis A, B & C
Apa itu Hepatitis?
Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah ‘hepatitis’ berasal dari perkataan ‘hepar’ (hati/liver) dan ‘itis’ (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor.
Hepatitis boleh disebabkan oleh virus, dadah, alkohol, bahan kimia atau jangkitan virus. Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.

Sirosis Hati
Antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya.Dato Dr Zaininah , Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Apakah tanda-tanda amaran Hepatitis?
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis.
Tanda-tanda antara ialah:
Merasa letih
Kurang selera makan/Loya
Muntah
Sakit perut (abdomen)
Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning)
Air kencing berubah warna menjadi warna teh
Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat
Apakah komplikasi hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati.
Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
Abdominal membengkak
Sangat mudah lebam
Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
Muntah darah
Najis hitam
Komplikasi sirrosis hati:
Kanser hati
Maut
Bila sirrosis hati tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang baru menerusi prosedur transplan.

Apakah hepatitis A?
Hepatitis A didapati dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .
Siapakah yang mempunyai risiko mendapatkan jangkitan hepatitis A ?
Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
Ahli keluarga atau hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
Hubungan seks sesama lelaki.
Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.
Jangkitan virus Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati.
Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil.
Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
Tinggal serumah dengan individu dijangkiti.
Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan instituti orang-orang cacat mental).
Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.
Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom.
Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia .
Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya.
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan hepatitis C?
Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
Pesakit menggunakan haemodialysis.
Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
No comments:
Post a Comment