PROMOSI MESIN TERAPI BESERTA FREEGIFT MENARIK!!!

Showing posts with label Al-Jabbar Group. Show all posts
Showing posts with label Al-Jabbar Group. Show all posts

Masalah Hati Berlemak

HATI BERLEMAK
Hati berlemak atau steatosis merupakan satu keadaan dimana terdapat lemak berlebihan pada hati yang berpunca daripada pengambilan makanan berkolestrol tinggi, pengambilan ubat-ubatan yang keterlaluan dan juga pengambilan minuman keras.Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini.
Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru. Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras,kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Kesan Hati Berlemak

Penghidap akan berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu: Letih, Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah: Busung, Pembengkakan hati, Demam & Jaundis (demam kuning)
Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak. 

Bagaimana TONIK HATI dapat membantu masalah HATI BERLEMAK?
Tonik Hati dapat membantu untuk mengurangkan Lemak yang terkumpul dihati dan menyuburkan sel-sel hati baru agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Kesan boleh dilihat melalui UJIAN FUNGSI HATI pada bacaan GGT

Kenali Hati Anda

Hati manusia merupakan organ terbesar yang terletak dibahagian atas kanan tubuh manusia iaitiu dibelakang tulang rusuk. Berat hati manusia adalah 1200g - 1500g dan ini merupakan 2% daripada berat badan orang dewasa.Ia  berfungsi sebagai:
  • Menyimpan tenaga dalam gula dan glukus
  • Organ pertama yang menerima zat makan, serta menyaring dan menapis zat makanan
  • Menyimpan vitamin, zat besi dan lain-lain bahan mineral
  • Sebahagian kilang pembuat protein termasuklah faktor-faktor pembekuan darah
  • Memproses sel-sel darah merah yang telah dicernakan
  • Pembunuh bakteria yang masuk ke tubuh melalui usus kecil
  • Memerahkan ubat-ubatan dan alkohol
  • Menghasilkan cecair hempedu untuk proses penghadaman makanan dan lain-lain
Bagaimana Menjaga Hati Anda
  • Bebaskan diri daripada pengambilan alkohol dan wain
  • Awasi ubat-ubatan moden - pengambilan berlebihan tanpa kawalan akan merosakkan hati anda
  • Elakkan menghidu semburan racun, bahan kimia, aerosol, ubat nyamuk.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan

NASIHAT BERGUNA UNTUK ANDA

Periksa hati anda dengan doktor anda
Lakukan Ujian Darah bagi mengenalpasti masalah hati anda
Ujian ULTRA SOUND dan CT Scan boleh mengenalpasti masalah pada hati anda

Temui Konsultan Anda Untuk Mendapatkan Nasihat

Penawar Hati Anda

Anda Mengalami Simptom:

KEKUNINGAN
Pada Tubuh dan Mata Anda?
Kegatalan dan Kemerahan Pada Permukaan Kulit?
PERUT MEMBESAR dan MEMBUSUNG?
Kaki Membengkak?
Hilang Selera Makan Dan Berat Badan Menyusut?
Kesakitan Ketara Di Bahagian Belakang Badan?

Kemungkinan Simptom Di Atas

Berkaitan Dengan HATI Anda....

Informasi daripada: Jabatan Tonik Hati, Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar

Ingat Hati.... Ingat Al-Jabbar
Hidayah HB PLUS
MAL07021505T

TONIK HATI

Keterangan Lanjut Hubungi:

Consultant Tonik Hati
013-6002842 Cik Ann
Showroom Melaka

Apa Itu Hepatitis?

Hepatitis merupakan penyakit radang hati. Istilah hepatitis berasal dari perkataan "hepar" (hati / liver) dan "itis" (radang). Hepatitis terjadi akibat daripada pelbagai faktor antaranya ialah:
  • Virus
  • Dadah
  • Alkohol
  • Ubat-Ubatan
  • Bahan Kimia/ toksik
Terdapat beberapa jenis virus yang boleh menjangkiti hati dan menyebabkan hepatitis. Virus yang kerap menyebabkan Hepatitis ialah:
  • Virus Hepatitis A
  • Virus Hepatitis B
  • Virus Hepatitis C
Hepatitis juga boleh disebabkan oleh virus-virus lain seperti:
- Virus Hepatitis D, E, G, denggi dan HIV

Keterukan hepatitis bergantung kepada agen yang menyebabkan hepatitis dan jangkamasa pendedahan kepada agen penyebab kerosakan hati.

GEJALA-GEJALA HEPATITIS
  • Keletihan
  • Demam sederhana
  • Sengal tulang dan otot
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Ketidakselesaan pada abdomen
  • Kadangkala cirit-birit
  • Air kencing gelap
  • Najis Pucat
  • Kuning (Jaundis)
HEPATITIS A

 
  • Merupakan sejenis penyakit kelamin.
  • Mengakibatkan penyakit berjangkit yang teruk serta keradangan hati dsn paling mudah dijangkiti
  • Jarang menyebabkan kematian.
  • Merebak melalui saluran najis, mulut serta saluran penghadaman.
  • Makanan yang boleh membawa kepada hepatitis A: kerang, tiram dan kima (siput besar) yang tidak dimasak dengan betul
HEPATITIS B

Disebabkan oleh hepatitis B. Virus boleh didapati didalam saluran darah dan cecair badan orang yang dijangkiti dan boleh merebak sekiranya anda terdedah kepada darah, cecair darah (serum) atau cecair daripada kelamin mereka. Ia boleh berlaku apabila berkongsi jarum dan picagari atau melakukan hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.

HEPATITIS C
  • Adalah disebabkan virus hepatrofik yang dinamakan Hepatitis C.
  • Boleh menyebabkan pembengkakan hati yang lazimnya asimptomatik (tidak bersimptom)
  • Sekiranya berterusan ia boleh menyebabkan sirosis dan barah hati.
  • Boleh disebarkan melalui percampuran darah dengan si pesakit

Tonik Hati Al-Jabbar (Hidayah HB Plus)

Jabbar Hidayah HB atau lebih dikenali umum sebagai TONIK HATI merupakan sejenis ubatan herba tradisional yang telahpun digunakan sejak bertahun lama sebagai perawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan hati. Dengan kelengkapan dan teknologi moden, ubatan herba kini mudah didapati di pasaran dan setanding dengan ubatan moden.

Harga Asal: RM2000

Fungsi Tonik Hati.
  • Melemah dan membasmi virus yang menjadi punca utama penyakit hepatitis.
    Menguatkan sistem imunisasi badan, membekalkan antibodi dan membantu menghasilkan antibodi
  • Menguat dan memperbaiki fungsi organ hati dan membaiki kerosakan sel-sel hati.
  • Menghilangkan dan mengurangkan gejala akut dan gejala kronik pesakit hepatitis
  • Menyuburkan pertumbuhan sel-sel hati yang baru mengikut susunan yang teratur dan lengkap
  • Mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik, dan bahan-bahan berat yang lain
  • Membantu menghilangkan dan menyembuhkan gejala hepatitis/ radang hati
  • Merawat dan menyembuhkan hepatitis
PERINGKAT PENYEMBUHAN
Hasil kajian yang mendalam beserta dengan rekod-rekod pesakit yang lepas, proses penyembuhan mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hari. Namun ada pesakit yang sembuh sebelum mencapai 100 hari dan ada sesetengah kes pesakit akan sembuh pada hari yang ke-120 dan sebagainya.

Peringkat Domain (Bulan Pertama Pengambilan Ubat)
Tonik Hati Jabbar memasuki aliran darah, ubat ini akan bekerja untuk membaiki dan membina hati pesakit yang telah rosak ( hati membengkak ) akibat daripada pertumbuhan sel yang tidak teratur disebabkan hati yang telah diserang virus. Pada ketika ini pesakit kemungkinan akan merasa sedikit simpton sampingan seperti mengantuk.

Di dalam prinsip rawatan Jabbar Hidayah HB Plus, peringkat ini dikenali sebagai peringkat domain. Di mana tahap domain adalah tahap permulaan rawatan untuk penyembuhan hepatitis. Pada peringkat ini, ubat ini akan "mengacau" kedudukan virus di luar hati, di bawah hati atau di dalam sel-sel hati. Virus ini akan bertebaran dan memasuki aliran darah.

Peringkat Natural (Bulan Ke-2 Pengambilan Ubat)
Pada peringkat seterusnya, ubat mula membasmi sebahagian besar virus. Hati bebas daripada virus dan mula subur membiak. Ubat ini telah memperbetulkan kembali susunan sel-sel hepatosit yang sebelum ini tidak teratur. Pada tahap ini, jika pesakit itu mempunyai hati yang bengkak, biasanya ianya sudah kembali normal atau sembuh dan telah mula membekalkan antibodi tubuh. Pesakit mula bertenaga sehat dan cergas. Ada juga pesakit sudah menganggap mereka telah sembuh sepenuhnya. Ada di antara mereka telah meninggalkan ubat atau makan ubat secara tidak teratur dan tidak berdisiplin. Faktor ini menyebabkan ada mendakwa mereka lambat sembuh.

Peringkat Negatif (Bulan Ke-3 Pengambilan Ubat)
Kebanyakan pesakit hampir bebas daripada pembawak kronik kerana pasif ( Apabila HbeAG (+) bertukar kepada Hbe (-) dan jumlah virus berada di b awah 100 000 copies. Penurunan virus juga boleh menurun secara mendadak hingga mencapai <200> copies. Untuk hati kanser proses penyembuhan mungkin memngambil masa yang panjang. Pengambilan ubat secara berterusan perlu bagi pesakit yang sudah mencapai tahap kronik.

PROSEDUR PENGAMBILAN UBAT
Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan hati seperti hati berlemak, sirosis, mengecut, luka dan barah hati juga boleh membuat rawatan. Pesakit dinasihatkan untuk mengambil penawar ini secara berterusan selama 3-6 bulan untuk memperolehi kesan yang baik dan positif. Setiap botol Tonik Hati membekalkan penawar untuk tempoh 10 hari saja.

Cara Pengambilan
Ambil 1 biji pagi dan 1 biji malam selepas 30 minit makan. Sekiranya pesakit mengambil sebarang ubat hospital atau ubat tradisional yang lain, dinasihatkan mengambil Tonik Hati sebelum / selepas 2 jam pengambilan ubat tersebut.
Dicadangkan selepas pesakit sudah sembuh sepenuhnya, pesakit perlu untuk mengambil Tonik Hati dalam satu atau dua botol untuk di amal sebagai supplement.

Pantang Larang Pemakanan
Rasionalnya pantang mampu menolong mengurangi beban hati yang telah terdedah kepada serangan virus. Antara pantang larang yang perlu di amalkan adalah seperti :
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berkolestrol.
  • Pastikan tidak mengambil makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna terutamanya makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, lala, kepah dan sebagainya.
  • Elakkan menggunakan susu cair dalam minuman atau makanan. 
Untuk Maklumat Lanjut Hubungi:

Showroom Melaka
013-6002842 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...