PROMOSI MESIN TERAPI BESERTA FREEGIFT MENARIK!!!

Showing posts with label Steatosis. Show all posts
Showing posts with label Steatosis. Show all posts

Masalah Hati Berlemak

HATI BERLEMAK
Hati berlemak atau steatosis merupakan satu keadaan dimana terdapat lemak berlebihan pada hati yang berpunca daripada pengambilan makanan berkolestrol tinggi, pengambilan ubat-ubatan yang keterlaluan dan juga pengambilan minuman keras.Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini.
Hati adalah organ yang berfungsi untuk menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh. Trigliserid pula antara bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel baru. Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu oleh minuman keras,kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan. Dalam kes hati berlemak, jumlah lemak yang kebanyakannya terdiri daripada trigliserid ada dalam sel hati.

Kesan Hati Berlemak

Penghidap akan berasa sakit dan keadaan yang tidak disedari ini berlarutan dalam jangka masa panjang.

Kajian menunjukkan 50 peratus daripada golongan ini mengadu: Letih, Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Sekiranya keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah: Busung, Pembengkakan hati, Demam & Jaundis (demam kuning)
Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu sudah memadai untuk mendedahkan seseorang itu mengalami masalah hati berlemak. 

Bagaimana TONIK HATI dapat membantu masalah HATI BERLEMAK?
Tonik Hati dapat membantu untuk mengurangkan Lemak yang terkumpul dihati dan menyuburkan sel-sel hati baru agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Kesan boleh dilihat melalui UJIAN FUNGSI HATI pada bacaan GGT

Kenali Hati Anda

Hati manusia merupakan organ terbesar yang terletak dibahagian atas kanan tubuh manusia iaitiu dibelakang tulang rusuk. Berat hati manusia adalah 1200g - 1500g dan ini merupakan 2% daripada berat badan orang dewasa.Ia  berfungsi sebagai:
  • Menyimpan tenaga dalam gula dan glukus
  • Organ pertama yang menerima zat makan, serta menyaring dan menapis zat makanan
  • Menyimpan vitamin, zat besi dan lain-lain bahan mineral
  • Sebahagian kilang pembuat protein termasuklah faktor-faktor pembekuan darah
  • Memproses sel-sel darah merah yang telah dicernakan
  • Pembunuh bakteria yang masuk ke tubuh melalui usus kecil
  • Memerahkan ubat-ubatan dan alkohol
  • Menghasilkan cecair hempedu untuk proses penghadaman makanan dan lain-lain
Bagaimana Menjaga Hati Anda
  • Bebaskan diri daripada pengambilan alkohol dan wain
  • Awasi ubat-ubatan moden - pengambilan berlebihan tanpa kawalan akan merosakkan hati anda
  • Elakkan menghidu semburan racun, bahan kimia, aerosol, ubat nyamuk.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan

NASIHAT BERGUNA UNTUK ANDA

Periksa hati anda dengan doktor anda
Lakukan Ujian Darah bagi mengenalpasti masalah hati anda
Ujian ULTRA SOUND dan CT Scan boleh mengenalpasti masalah pada hati anda

Temui Konsultan Anda Untuk Mendapatkan Nasihat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...