PROMOSI MESIN TERAPI BESERTA FREEGIFT MENARIK!!!

RAWATAN PENYAKIT HATI BERLEMAK DENGAN TONIK HATI AL-JABBAR

HATI BERLEMAK 

PENGENALAN HATI BERLEMAK 

Selain masalah jantung mengandungi lemak yang boleh menyebabkan tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit, ada organ lain tidak terkecuali berdepan dengan masalah yang sama? Organ yang dimaksudkan ialah HATI. Secara umum, hati berlemak atau steatosis atau lemak yang berlebihan pada hati. Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan penghidap menghadapi komplikasi. Ia mendedahkan individu terbabit menghadapi masalah hati atau lain-lain penyakit yang lebih serius.

Hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis. Ia kerap dikaitkan dengan pengambilan minuman keras. Namun, keadaan yang sama boleh berlaku tanpa mengaitkannya dengan minuman keras atau dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH). Selain itu, penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk obesiti dan pengambilan sesetengah ubat menjadi punca berlakunya hati berlemak. Namun begitu, makan makanan berlemak tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pengumpulan lemak pada hati. Malah, ada pesakit mempunyai paras lemak normal dalam darah.

Beberapa kajian mendapati, hati berlemak antara sebab menurunkan enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin. Enzim ini dikeluarkan oleh sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan. Tanda Kebanyakan pesakit hati berlemak tidak mengadu mereka menghadapi masalah ini. Namun, kajian menunjukkan 50 peratus golongan ini mengadu letih, sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Jika keadaan hati berlarutan daripada steatohepatitis kepada fibrosis dan sirosis, pesakit akan mengalami masalah hati, busung, pembengkakan kaki, demam dan jaundis.

Individu berisiko menghidap hati berlemak:
* Mereka yang banyak minum minuman keras
* Kekurangan pengambilan makanan berzat yang seimbang
 * Obesiti
* Pesakit diabetes
 * Sindrom Reye (di kalangan kanak-kanak)
* Kehamilan
* Ubat-ubatan yang diambil dengan secara berlebihan




2. BAGAIMANA TONIK HATI DAPAT MEMBANTU MERAWAT HATI BERLEMAK? Tonik hati ini dirumus khas bagi membantu merawat masalah hati. Bagi pesakit yang menghidap hati berlemak ia membantu untuk merawat semula kerosakan sel-sel hati dan seterusnya menyingkirkan lemak yang menyeliputi sel hati dan mengurangkan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit. Namun begitu proses untuk merawat bergantung kepada bacaan enzim hati (GGT). Jika enzim ini terlalu tinggi kemungkinan pesakit perlu menggunakan tonik hati untuk tempoh 3 - 12 bulan. Lemak di hati boleh dilihat melalui ujian fungsi hati atau ujian imbasan. Ketika pesakit menjalani ujian imbasan (scan) akan kelihatan tompok-tompok putih pada hati (anda juga boleh gambarkan pesakit, hati berlemak pada hati manusia seperti lemak pada hati ayam).

 3. BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?

Dari sudut luaran pesakit yang mengalami hati berlemak akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Biasanya jaundis akan berkurangan dan demam akan pulih, busung juga akan berkurangan. Tetapi jangka masa untuk busung sembuh sepenuhnya bergantung kepada tahap kerosakan hati pesakit. Pesakit biasanya akan merasa sedikit perubahan sekurang-kurangnya dalam tempoh 1 minggu pertama selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya semata-mata simptom.

Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI DARAH) lihat pada bacaan enzim hati. Jika pesakit menghidap hati berlemak lihat pada bacaan GGT pada ujian fungsi hati. Jika bacaan GGT sudah menunjukkan penurunan, ini bermakna sudah berlaku pengurangan lemak di hati pesakit. Pastikan bacaan tersebut berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya pesakit membawa laporan ujian darahnya dapatkan 1 salinan untuk rekod anda, supaya anda boleh membandingkan sebelum dan selepas pesakit menggunakan tonik hati. Pesakit dinasihatkan menjalani ujian fungsi hati sekurang-kurangnya selepas 3 bulan menggunakan tonik hati untuk melihat kesan yang maksimum.

Terdapat juga, pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati. Walaubagaimanapun ia juga menunjukkan kesan yang positif. Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati. Sekiranya telah sembuh sepenuhnya, pesakit dinasihatkan mengamalkan tonik hati sebagai suplimen dengan dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs_2 sebagai suplimen bergantung kepada kemampuan fizikal.

 PANTANG MAKAN PESAKIT
* Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
* Kurangkan pengambilan garam
* Elakkan makanan laut yang bercengkerang
 * Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
 * Elakkan makanan segera
 * Elakkan pengambilan susu cair

APAKAH KESAN SAMPINGAN?
 Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.

 KLIK UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BERMINAT UNTUK MENJADI DEALER @ STOKIS DR JABBAR@TONIK HATI? HUBUNGI SAYA 013-6002842 GOLDEN PACKAGE= RM2000 (FREE SUPLEMENT) SILVER PACKAGE = RM1300 BASIC PAKEJ= RM1000

1 comment:

Anonymous said...

Berkaitan pantang mkn pesakit,knpa pesakit x blh minum air dlm kuantiti yg byk?apa kaitan air dgn penyakit ini dan kesannya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...